Monday, November 7, 2022

PELAN STRATEGIK 2023

 

31.10 - 2.11.2022 : Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Pelan Strategik 2023 Politeknik Muadzam Shah bertempat di Erya by Suria, Cherating, Pahang. Bengkel ini telah dihadiri oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit dan pegawai-pegawai yang berkaitan.

Bengkel ini anjuran bersama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Unit Jaminan Kualiti dan Unit Psikologi yang melibatkan aktiviti dalam kumpulan, perbincangan dan pembentangan perancangan aktiviti pada tahun 2023. Bengkel ini diakhiri dengan program Team Building yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi.



No comments:

Post a Comment

PERASMIAN DAN UCAPTAMA PENGARAH